Sunday 29 July 2012

Subhanallah! Hujan Ikan Di Honduras, Australia .

[MODIFIED] Satu kejadian pelik telah berlaku di mana Bandar Honduras, Australia telah dihujani dengan beratus-beratus ikan dari langit. Kejadian ini telah disaksikan hampir 700 orang penduduk di situ. OMG!

Seperti sebelum-sebelum ini, kita sering mendengar tentang kisah berlakunya hujan batu.

Tetapi kali ini, Gurauan Biawak ingin tunjukkan kepada anda mengenai hujan luar biasa yang telah berlaku di Australia. Apa yang luar biasanya, hujan tersebut bukan hujan air semata-mata tetapi boleh dikatakan sebagai hujan ikan. Macam pelik, tetapi ini adalah kisah benar.

Apa yang luar biasanya, hujan tersebut bukan hujan air semata-mata tetapi boleh dikatakan sebagai hujan ikan. Macam pelik, tetapi ini adalah kisah benar.

Lokasi kejadian pelik ini berlaku Lajamanu di Wilayah Utara, mempunyai populasi penduduk seramai 669, telah menyaksikan beratus-ratus ikan pelik yang bewarna putih dan kecil jatuh dari langit semasa hujan yang kebanyakannya masih hidup. Subhanallah!

Pakar cuaca di Australia percaya ikan pelik, Spangled Perch, disedut dalam ribut petir sebelum jatuh ke atas bandar kecil itu. Mark Kersemakers, peramal cuaca di Biro Meteorologi Australia, berkata: “Ia boleh melayangkan ikan pelik itu sehingga 40,000 hingga 50,000 kaki di udara.

Ia adalah kali ketiga dalam tempoh kurang daripada 30 tahun Lajamanu dihujani oleh ikan yang jatuh dari langit, menurut News Northern Territory, selepas laporan fenomena pada tahun 1974 dan 2004.

Berikut adalah gambar-gambar serta video yang dikatakan itu :





Video yang pakar cuaca di Australia percaya sebab Hujan Ikan ini berlaku .

Sebelum ini, pernah juga berlaku di negara lain tentang hujan ikan seperti ini. Bukan ikan sahaja, malah ular, kucing, katak , agar-agar opps! obor-obor , dll . Anda boleh baca di SINI . Tapi dalam bahasa Inggeris lah . XD


Ustaz Usul Fiqh (Islamic Jurisprudence) di jurusan aku di UiTM pernah berbicara di dalam kelas tentang hal ini pada semester lepas . Beliau berkata, sebenarnya ada laut di antara lapisan awan / langit sebab makhluk bumi bukan sahaja ada di atas tanah, bawah tanah, dalam laut, tapi di antara lapisan awan / langit, kemungkinan ada juga hidupan di sana. Masuk akal kan kalau fikir-fikir balik ? Wallahu'alam . Kalau betul lah, memang SubhanAllah lah .

Tapi dengan kuasa Allah, memang tiada apapun yang mustahil bagi Dia untuk menunjukkan kekuasaanNya. Kun Faya Kun .

Dibiawakkan oleh :- DanGrassCloud

No comments:

Post a Comment