Thursday 26 July 2012

Ketidak Fahaman Situasi

Assalamualaikum warahmatullah.

Selamat pagi semua,tu je aku nak ucap,jangan harapla aku nak tanya korang dah sahur ke belum,sahur makan apa dan sebagainya.peduli apa aku dengan sahur korang.kehkehkeh :p
terpanggilnya aku untuk menulis pagi ni, kerana ada beberapa perkara yang bermain dalam fikiran aku yang tak mampu otak aku hadamkan lagi. jadi aku nak menulis ni dan korang nilai la sendiri,cari jawapan dan betulkan kesilapan.

berbalik kepada tajuk "Ketidak Fahaman Situasi".ya most of us memang selalu tak faham situasi, terutama makwe-makwe yang tak reti-reti nak faham situasi pakwe.jadah betei.

Fitrah dan lumrahnya lelaki memang dilahirkan dengan kekuatan


see..kuatkan. kehkehkeh.tapi kekuatan kami takda la sehebat mana.apa korang fikir kami badang nak kuat-kuat sangat angkat korang perempuan-perempuan sekalian. sungguhpun kami kuat ibarat The Rock


logiknya kami ni malas nak angkat-angkat korang sambil bersiar-siar ibarat cerita-cerita cinta dalam tv . ok enough fasal kekuatan.

aku nak listkan beberapa perkara yang aku dah yak boleh nak hadamkan lagi tentang ketidak fahaman situasi ni. 1st, kenapa orang perempuan ni, asal pakwe die keluar je taim2 tu pulak la korang nak kacau, nak telefon mesej bagai.korang tak tahu ke yang pakwe korang keluar tengah berseronok bersama geng. lepak dan bercerita kedai kopi di restoran Nijam. apa korang fikir pakwe korang keluar dengan perempuan lain? cuba la tanamkan rasa percaya pada pakwe korang tu sikit. ni asal keluar je nak telefon


mana tak bosannya pakwe korang dengan korang.okey itu satu hal.hal yang lain pula tentang perkataan yang terngiang2 dalam benak pemikiran aku, perkataan tu berbunyi gini "alah couple2 ni mengarut!kamu kawan je dengan dia,bila dah ada duit kamu rasa berkenan kasi kat aku duit tu aku pergi minang dia untuk kamu."

okey,masalahnya sekarang apa yang aku fikir, bila nama kata seorang lelaki berkawan dengan seorang wanita,lalu kedua2nya meminati antara satu sama lain pasti akan timbul satu perasaan ingin bercinta,berpasang-pasangan atau dalam bahasa omputih Couple. see.. macam aku orang lelaki ni rilek la, berkawan je walaupun ada juga perasaan tu.tapi masalahnya pada orang perempuan. Biasalah orang lelaki ni bila syok ke sorang perempuan tu mesti dia akan ambil berat dan sebagainya. dan orang perempuan tu juga pasti menaruh harapan ingin bersama bercinta dan mahu lelaki tersebut menjadi bapa kepadanya anaknya kelak.


Tak salah menyimpan harapan dan memasang angan2. tapi jangan terlalu tinggi. apa bila si lelaki berkata dia tidak mahu bercinta sungguh pun punyai perasaan pada perempuan tu, mula la perempuan nak emo2. menagis sana sini, dan tuduh lelaki kejam kerana memberi harapan. bila ditanya "harapan apa ?" dijawabnya "harapan la, awak ambil2 berat pasal saya". sebenarnya itu bukan harapan, itu perkara biasa bila seseorang itu menyayangi org lain. semacam mana mak engko suruh engko makan ubat bila engko sakit, bising tentang kebersihan engko, bising dan risaukan pasal engko. kalau gitu mak engko bagi harapan la pada ko ye? see..

Dan last sekali, kenapa orang perempuan suka beno cakap orang lelaki ni LARI dari MASAALAH bila mereka menghadpi krisis dalam hubungan.


Kamon girls, we are not running away. cuma kami ni berdiam diri kerana memerlukan ruang dan tenang, kami juga selalunya akan membiarkan keadaan yang tegang beransur tenang sebelum kembali bersemuka dengan masalah tersebut. kami ni cerdik, kami tak akan lari. bak kata orang putih, "Never run away from your problems because once you have to face them again it will be twice as hard to overcome."

Takde menda yang dapat diselesaikan dengan emosi. tetapi hakikatnya wanita memang suka beremosi dan memaksa menyelesaikan masalah dengan cara menekan si lelaki. bila kami menghilangkan diri dikejarnya serata negeri. cuba bertenang dan bawa bersabar, "Benda Boleh Bincang". jangan kejar, pasti tak lari. kan bagus beriring merentas masalah bersama .

Itu saja perkara yang aku ingin kongsikan setakat ini. lainkali jika ada perkara yang otak aku tak mampu hadam aku datang sini dan berkongsi. setiap perkara ada pro dan contranya. aku terima apa jua pandangan korang selepas ini.. sekian.




p/s :- macam biasalah, gambo tu semua gambo hiasan semata. nanti raya aku mintak maaf jika ada yg tidak suka.





di biawakkan oleh :- Syakir

No comments:

Post a Comment