Wednesday 25 July 2012

Singgah sat ke Kellie Castle, Batu Gajah , Perak bersama Abam Afiq Azizi & Abam Meor Spark



Pengembaraan ke Kellie Castle adalah tidak dirancang. Kami (Afiq , Spark , Dan & Ijoi ) sebenarnya dari umah sewa Izzul Islam . Pada pagi itu, Izzul Islam perlu membayar saman salah laku lalu lintas di Mahkamah , di Lumut kalau tak silap saya .

Perjalanan ke Lumut bermula pada pukul 2.30 pagi. Kami singgah di Restoran Nijam "786 alhamdulillah syukur .." . Sempat juga kami bertemu Jamilul Iqram a.k.a Mad serta Syazani Sabri a.k.a Sanie di sana. Sementara Afiq Azizi , Khairul Rashdan serta Meor Zulfadli berbual-bual dengan Mad & Sanie, Izzul Islam mengundur diri ke kereta untuk tidur sebentar kerana kelihatan kurang sihat. Selepas pung pang pung pang di Nijam, kami mengucapkan selamat tinggal kepada Sanie & Mad atas kesudiaan mereka berbual dengan kami. Terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan . Selepas itu, kami mengisi minyak di Petronas Extreme Park . Then, kami meneruskan perjalanan ke Lumut. Dalam perjalanan, kami menikmati suasana & permandangan indah di waktu malam. Jalan-jalan yang lengang, bunyi unggas-unggas mengawan & bunyi seseorang mengesat hingus juga menemani perjalanan kami . Pada jam 5.30 pagi, kami sampai di rumah sewa Izzul Islam. Izzul Islam memilih untuk tidur di bilik nya, di tingkat atas. Kami sangat terkejut kerana perumahan di situ adalah perumahan elit. Sangat beruntung bagi mereka yang dapat menetap di situ . Kami terjaga pada pukul 10.30 pagi, tetapi malangnya kami meneruskan pekerjaan tidur kami. and then, kami terjaga jam 12 tengahari, kami bersiap untuk pulang ke Ipoh. Afiq Putra membawa kami menjamu selera di kedai hadapan . Kami masing-masing memakan nasi dengan pelahapnya kerana sangat lapar . Kami bercadang mahu mandi-manda di pantai, tapi kerana ketika itu sangat panas, kami membatalkan hasrat kami . Kami membuat keputusan untuk terus pulang ke Ipoh. Sepanjang perjalanan , kami bercerita pelbagai peristiwa lampau kami yang agak rahsia (sensored) . Tetibe , Meor mahu pergi membeli roti di kedai Roti Ria. Pelbagai juadah berbuka puasa di jual disitu. Kami membeli pelbagai juadah untuk di makan di dalam kereta. Selepas itu, kami ternampak sign board KELLIE CASTLE , kami memandang antara satu sama lain, tanpa sebarang bantahan , kami sepakat untuk pegi ke Kellie Castle . Setelah sampai, kami melihat harga tiket di situ . OMG! kami terkejut dengan harga itu kerana kami sangkakan hanya RM2 atau percuma. Tapi malangnya, kami mendapati harga nya lebih dari itu. Kami pun menyumpah-nyumpah pihak pengurusan di sana dengan pelbagai kata-kata kesat. Kami tidak terus masuk . Kami hanya melabuhkan punggung kami di bangku batu yang terletak berdekatan dengan kaunter tiker & juga tangga yang menghubungkan jambatan ke Kellie Castle . Afiq Putra mengajak kami masuk secara percuma kerana memikirkan bahawa membayar tiket dengan harga itu adalah sesuatu yang tidak relevan . Jadi, Afiq Putra memutuskan untuk membeli hanya 1 tiket & masuk beramai-ramai. Selepas Afiq Azizi membeli tiket, Meor Zulfadli mengikut Afiq masuk ke Kellie Castle. Tinggalah Khairul Rashdan & Izzul Islam terumbang-ambing di kerusi batu itu .

dibiawakkan oleh :- DanGrassCloud

2 comments:

  1. inilah entry yg betul2 berinformasi.cuma kurang publisiti.ia kurang dpt pemerhatian sket.btw,gud job

    ReplyDelete
  2. mne siap lagi ni. spe tah g post. aiyoyo.. hahaha

    ReplyDelete