Wednesday 25 July 2012

Penghapusan etnik Rohingya di Myanmar

isu penghapusan etnik Rohingya kini menjadi isu yang menarik minat dunia untuk turut sama cuba menyelesaikan masalah ini,sebelum ini jika ditanya pada kita apakah isu umat islam?pasti ramai antara kita yang menjawab palestin,afghanistan,iraq dan lain lain tetapi lupa akan pada saudara kita yang juga sudah lama menderita di wilayah Arakan,Myanmar (juga dikenali sebagai burma).

Siapakah umat Islam Rohingya?



Umat ​​Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.
Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.

Antara kekejaman yang dilakukan terhadap tentera junta Myanmar yang mewakili kerajaan mereka terhadap etnik Rohingya ialah:



a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.
b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan
c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.
d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran
e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan
f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar
g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.
h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.
Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka
Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama.
Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini.
Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju. Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.
Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.
Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara.

Apa yang boleh kita buat untuk menyelesaikan masalah ini?
dalam pale otak gua fikir demo je.

bagi gua ini pun ok kan?

inilah yang paling senang kita boleh buat.

#gua tahu kalau gua tulis panjang panjang ramai taknak baca,jadi kita sebagai saudara seagama fikir fikirkanlah apa yang patut lakukan?adakah dengan berdiam diri membuat kita hebat sambil melihat saudara seagama dipijak?

mohon kerajaan hantar gangster gangster macam ni ke myanmyar terus,perang satu kali.

dibiawakkan oleh :- spark

7 comments:

  1. kahkahkah gangster menda, ubai tangkp gambo angkt kening. bajet kiut2 je.

    ReplyDelete
  2. muka ebey pun senyum macam apa je?HAHA
    nan pun..HAHAHAA

    yang bawah tu cuba tengok muka apiq.HAHAH

    ReplyDelete
  3. semoga mereka tabah menghadapinya..kesiannye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap harap macam tu lah..sama sama kita mendoakannya ye?

      Delete
  4. Replies
    1. ini adalah fakta dan fakta memang memboringkan jika tidak diamati,sedarlah usia kita makin meningkat.
      sentiasa berseronok bukan jalan terbaik untuk ke akhirat.

      Delete
    2. independent.klu btul boring.kena blajar menerima.sblm beljar nk ke akhirat

      Delete