Sunday 26 August 2012

Wanita Curang ?!

Assalamualaikum Warahmatullah ...

apa khabar semua? moga-moga sihat la hendaknya. jadi dah seminggu lebih kita raya, rasanya dah tiba masa untuk kita semua mula bersukan dan memecahkan kembali lemak-lemak yang terhasil dek kerana juadah-juadah di hari raya.

aku percaya pasti ramai yang baca paper Kosmo harini kan? Pastu korang ada baca artikel yang bertajuk "Wanita Malaysia Paling Ramai Curang".




Kepada kaum hawa, sila jangan bersikap Prejudis ok. sebenarnya as a man, aku percaya dengan artikel tu. dan aku tak salahkan wanita sangat. sebenarnya ada beberapa faktor yang secara logiknya membuatkan wanita curang. bukan di malaysia sahaja malah di seluruh dunia.




Antara faktor-faktor yang menyebabkan wanita cenderung untuk curang adalah seperti berikut :-

1) Balas Dendam
* mungkin sebelum ni pakwe/suami dia pernah berlaku curang, dan dia membalas dendam kerana mahu pakwe/suami dia rasa apa yang dia pernah rasa suatu ketika dahulu.

2) Menghilangkan Stress
* kerana tekanan yang keterlaluan dan pakwe/suami wanita tersebut tidak sudi mendengar luahan@masalah wanita tersebut.bila dia berjumpa dengan seorang lelaki yang sudi mendengar dan memberi nasihat kepadanya secara taklangsung perasaan suka akan bercambah dan lama kelamaan wanita tersebut juga cenderung untuk curang.

3) Seks Yang Membosankan
* seks yang membosankan juga adalah salah satu punca utama wanita berlaku curang. mungkin kerana suami wanita tersebut Ejakulasi dengan pantas, baru seminit dua beraksi dah ejakulasi.

4) Kewangan
* menurut Laporan Mahkamah Syariah tahun 2011 antara punca utama penceraian berlaku adalah kerana masalah kewangan. ya aku percaya siapa yang mahu hidup susah ye dok.




tang kewangan ni aku nak highlight sikit. ya duit memang penting pada zaman milenium sekarang ni. bak kata orang putih "no money no talk" "no money no love".

5) Pakwe/Suami Cakap Lepas
* wanita tercipta dengan karekter yang lebih sensitif berbanding lelaki. dek kerana lelaki main cakap lepas je wanita akan mudah rasa berkecil hati. kadang-kadang bila dah lama berpasangan lelaki akan fikir dia boleh cakap lepas je, sebab lelaki fikir pasangan dia tak kisah. itu lah silapnya lelaki, jangan sesekali fikir macamtu. dah namanya manusia, wanita pulak tu, pasti cepat berasa kecil hati.

Tetapi walau apa jua faktor dan alasan sekalipun bagi aku Curang tu bukan cara untuk menyelesaikan masalah, malah ianya akan menambahkan masalah. fikir dari sudut pandangan orang sekeliling jika berlaku curang, pandangan keluarga serta rakan-rakan. curang juga bukan cara terbaik untuk melarikan diri dari pasangan anda. CINTA YANG TULUS, TIDAK AKAN MENGKHIANATI WALAU DISAKITI. Curang juga bukanlah jalan terbaik untuk mendapatkan kebahagiaan.

kes ni la punca di mana golongan-golongan gay semakin bertambah dan bercambah tumbuh seperti cendawan selepas hujan di Malaysia ini. kahkahkah :p


p/s : Pokok pangkalnya dari hati kita sendiri. apa jua masalah yang mendatang berbincanglah dengan pasangan anda, komunikasi dan toleransi itu penting dalam sesebuah hubungan. Berdoalah pada ALLAH, kerana beliau punya semua jawapan dari segala persoalan.



dibiawakkan oleh : Abang sakir

Thursday 23 August 2012

Salah ?!

Assalamualaikum Warahmatullah...

Apa khabar semua? semoga sihat dan baik-baik sayang hendaknya. well macam mana raya korang, best? aku punya raya tak best aku kena kerja time raya. rasa pfttt. sesungguhnya aku rindukan bulan romadon dan rindukan romadon bersama kawan-kawan semua.

Berbalik kepada kepala entry ini yang bertajuk "Salah". aku terpanggil untuk menulis tajuk ni sebab dua tiga menjak ni aku nampak ramai beno orang kecewa cinta dibulan romadon dan syawal yang mulia ini. bosan la korang ni nak putus pun tunggulah habis raya. tak pasal lu orang up status di fesbuk dan twitter dan menyatakan bahawa syawal korang tidak bermakna kerana putus cinta. kepala hotok tidak bermakna, lu orang masih beraya di kampung dan bersama keluarga. itu semua memberi sejuta rahmat dan makna tahu. okok balik pada tajuk.

Biasanya pabila sesebuah hubungan tu berakhir masing-masing menyalahkan sesama sendiri. perempuan salahkan lelaki dan lelaki salahkan perempuan. dan mulalah bercerita tentang buruk ex korang begitu begini.


ape kebenda la korang ni. tak salah cerita tentang keburukan ex korang pada kawan, tapi berpadalah sebagai peringatan buat mereka. janganlah cerita pung pang pung pang ibarat korang sahaja yang betul. aku dulu pernah juga gagal bercinta tapi aku rilek ja, tak da la teruk benar macam korang. aku faham korang kecewa tetapi menyalahkan orang lain atas apa yang terjadi tidak akan dapat membetulkan apa yang salah juga tidak dapat memperbaiki keadaan.

nak nak pula aku tengok korang semua masih mentah dan budak-budak. jauh lagi perjalanan dan ramai lagi orang yang kau akan jumpa. logiknya sangat sedikit manusia yang sekali bercinta dan dapat jodohnya.

nota kaki : Kan lebih baik jika berdiam diri dan merenung serta muhasabah diri tentang kesalahan sendiri, agar di jodoh yang akan datang kamu tidak mengulangi sikap dan silap yang sama. Jika tiada jodoh tak guna kamu mencanang keburukan ex kamu sana sini, kerana yang berlalu biarkan berlalu, Tuhan tidak memberi apa yang kita mahu, dia memberi apa yang kita perlu. Muhasabahlah !


p/s : Kepada yang terasa Alhamdulillah.


dibiawakkan oleh : Abang sakir

Monday 20 August 2012

RAYA



aku tak paham kenapa ada orang cakap raya tak bermakna bagi mereka,
sedangkan mereka masih punya keluarga,
sedangkan mereka masih punya kawan kawan,
sedangkan mereka masih cukup makan dan minum.

mungkin mereka tak paham apa pengertian raya,
mengertilah hari raya untuk apa,
dan kenapa wujudnya raya,
islam itu sebenarnya mudah untuk kita.

percayalah,
raya antara hari yang terbaik dalam hidup kita,
mengertilah,
dan berayalah.

"Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian diikuti puasa itu dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka pahalanya sama dengan nilai puasa satu tahun (penuh)."
semoga dapat kita dapat tambahkan keberkatan bulan ini dengan puasa enam.


dibiawakkan oleh :Spark

Sunday 12 August 2012

[GEMPAR!] Lagu Raya dinyanyikan oleh Penyanyi Heavy Metal ( Metallica & Sepultura )


Metallica di Aidil Fitri .
Lirik disini >> Metallica di Aidilfitri - Metallica



Sepultura - Jangan Main Mercun .
Lirik disini >> Jangan Main Mercun - Sepultura

credit to MrSharimanzaili



errrr~!

Kenapa Orang Lelaki Sukar Mengotakan Janji !

Assalamualaikum Warahmatullah ...

hello guys and gurls sekalian. well tinggal lagi seminggu kita nak raya yedok? dikesempatan ini kami geng Gurauan Biawak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin jika penulisan kami dan saya khususnya ada menggores hati mana2 pihak. ekceli kami memang sengaja pun. kehkeh :p

ok berbalik pada tajuk, pagi tadi ada seorang kawan wanita aku meses, dia kasi aku soalan Kenapa Orang Lelaki Sukar Mengotakan Janji ?! the heck, mana la aku nak jawab, nak jawap kena cari idea dulu. oleh kerana itu memang aku tak jawab la kridit takde. aku jawab dalam ni jela senang. semua boleh baca.

sebenarnya orang lelaki ni mana la ada berjanji beno. cuma kadang2 keadaan tu je yg membuatkan kami ni macam berjanji la, tpi tak sebenarnya atau dalam erti kata lain TERjanji. TER mmbawa maksud kepada tidak sengaja atau tidak bermaksud(kamus dewan dan pustakaq) :p

sini aku kasi satu dua tiga contoh :-

Situasi A :-

makwe : Bie!Bie! semalam rosnah kabo pakwe dia bawak dia pergi Genting Highlands. itew nk g jugak bie!pehlishh!

pakwe : Alah jauh la awak, lgi pun saya ada banyak kerja nak buat.kalau keluar dekat2 ni ok la.

makwe : itew nak g jugax bie!nux jugax! klu tak itew putush!

pakwe : yelah.yelah nnti kita pergi.

Hahaha see.. korang nmpk tak kat situ, haaa pastu nanti bila pakwe dia tak bawak mula la perang dan makwe akan kata pakwe mungkir janji ? what the kucing!

dan sebenarnya orang lelaki ni juga sibuk dengan tugasan harian kami yang padat ni : -

- Kerja yang bertimbun


- Bersenam


- Bersosial


- Bersokan


- Jaga adik


- Menghabiskan masa bersama keluarga




see.. Kami ni sibuk, mana sempat nak berjanji atau nak layan korang jika kami terjanji. itu pun "TER" ter pun sebab situasi dan korang jugak punca. kami ni lelaki banyak tanggung jawab pula. kami bukan macam wanita yang tau gosip2 duduk depan cermin lama2, mandi lama2, lepastu tangkap gambo buat muka duck face upload kat fesbuk dan bubuh caption *itew ta comeyl mcm kamu*, itu caption mintak lutut faham ! ok lah abang dah tak larat nak tulis panjang lebo, macam aku kata tadi, kami bz ni! kbai...



nota kaki : fahamilah situasi kami wahai hawa. kami bukan sengaja, cuma keadaan tidak mengizinkan kami. jangan hanya fikirkan perasaan kamu dan diri kamu sahaja. kami dah cuba sedaya adanya kami...


p/s : macam biasalah gambar diatas hanya hiasan semata2. mohon maaf dan bersabar di bulan romadon yang mulia ini.



dibiawakkan oleh : Abang Sakir

Monday 6 August 2012

Move On ?!

Adakah cukup mudah untuk move on? sering gua bertanya pada diri yang sering terkhilaf dan mendap ini .


Adakah cukup mudah untuk move on? sering aku bertanya pada diri. bila agaknya aku betol-betol ingin melunaskan janji untuk move on? selalu saje aku menaburkan kata dan tekad untuk move on. pada hakikatnya, untuk move on pon aku mula berasa takut, gundah gulana. apatah lagi untuk melaksanakan frasa tersebut. mungkin mudah untuk orang yang tidak merasakannya menuturkan sebaris ayat, menuntut agar aku move on.


tapi, tidakkah engkau ketahui bahawa aku sudah mecuba? malangnya, aku masih di sini. bersama kegagalan aku. mungkin jua kau yang cukup indah untuk dicintai, untuk dimiliki. terkadang hati ada terdetik, untuk membuat keputusan untuk menyukai seseorang. pergghhh. nak suka pon boleh buat keputusan tu. Style! kau ada? hueh. terkadang terlanjur dah pon menyukainya, tapi maseh tegar aku memasokkan gear reverse dan gostan ke belakang. terasa juga kebangangan yang nyata pada diri ini.


ohh. tidak. aku tidak ingin bermain api yang dibakar bersama arang. kerana bila api tersebut padam dan menjadi bara, bahangnya akan lebih terasa dan aku yang menjadi mangsa. mungkin juga mengambil masa yang lama untuk reda .


mungkin juga kerana aku belum cukup kuat . entah . mungkin . segalanya perhaps .

kawan aku pernah kata :-

"jangan berhenti berharap dan jangan berhenti berdoa . mungkin doa kau yang ke-100 baru Allah kabulkan. dan kau baru berdoa untuk 99 kali, pastu give up. kan dah rugi. so, jangan give up"..

masalahnya aku terlupa dah berapa kali aku berdoa.




p/s :- woi , aku rase macam aku dah suka kat kau lah . HAHA .



Dibiawakkan oleh :- aku menulis bukan kerna nama