Sunday 29 July 2012

Subhanallah! Hujan Ikan Di Honduras, Australia .

[MODIFIED] Satu kejadian pelik telah berlaku di mana Bandar Honduras, Australia telah dihujani dengan beratus-beratus ikan dari langit. Kejadian ini telah disaksikan hampir 700 orang penduduk di situ. OMG!

Seperti sebelum-sebelum ini, kita sering mendengar tentang kisah berlakunya hujan batu.

Tetapi kali ini, Gurauan Biawak ingin tunjukkan kepada anda mengenai hujan luar biasa yang telah berlaku di Australia. Apa yang luar biasanya, hujan tersebut bukan hujan air semata-mata tetapi boleh dikatakan sebagai hujan ikan. Macam pelik, tetapi ini adalah kisah benar.

Apa yang luar biasanya, hujan tersebut bukan hujan air semata-mata tetapi boleh dikatakan sebagai hujan ikan. Macam pelik, tetapi ini adalah kisah benar.

Lokasi kejadian pelik ini berlaku Lajamanu di Wilayah Utara, mempunyai populasi penduduk seramai 669, telah menyaksikan beratus-ratus ikan pelik yang bewarna putih dan kecil jatuh dari langit semasa hujan yang kebanyakannya masih hidup. Subhanallah!

Pakar cuaca di Australia percaya ikan pelik, Spangled Perch, disedut dalam ribut petir sebelum jatuh ke atas bandar kecil itu. Mark Kersemakers, peramal cuaca di Biro Meteorologi Australia, berkata: “Ia boleh melayangkan ikan pelik itu sehingga 40,000 hingga 50,000 kaki di udara.

Ia adalah kali ketiga dalam tempoh kurang daripada 30 tahun Lajamanu dihujani oleh ikan yang jatuh dari langit, menurut News Northern Territory, selepas laporan fenomena pada tahun 1974 dan 2004.

Berikut adalah gambar-gambar serta video yang dikatakan itu :





Video yang pakar cuaca di Australia percaya sebab Hujan Ikan ini berlaku .

Sebelum ini, pernah juga berlaku di negara lain tentang hujan ikan seperti ini. Bukan ikan sahaja, malah ular, kucing, katak , agar-agar opps! obor-obor , dll . Anda boleh baca di SINI . Tapi dalam bahasa Inggeris lah . XD


Ustaz Usul Fiqh (Islamic Jurisprudence) di jurusan aku di UiTM pernah berbicara di dalam kelas tentang hal ini pada semester lepas . Beliau berkata, sebenarnya ada laut di antara lapisan awan / langit sebab makhluk bumi bukan sahaja ada di atas tanah, bawah tanah, dalam laut, tapi di antara lapisan awan / langit, kemungkinan ada juga hidupan di sana. Masuk akal kan kalau fikir-fikir balik ? Wallahu'alam . Kalau betul lah, memang SubhanAllah lah .

Tapi dengan kuasa Allah, memang tiada apapun yang mustahil bagi Dia untuk menunjukkan kekuasaanNya. Kun Faya Kun .

Dibiawakkan oleh :- DanGrassCloud

Thursday 26 July 2012

Ketidak Fahaman Situasi

Assalamualaikum warahmatullah.

Selamat pagi semua,tu je aku nak ucap,jangan harapla aku nak tanya korang dah sahur ke belum,sahur makan apa dan sebagainya.peduli apa aku dengan sahur korang.kehkehkeh :p
terpanggilnya aku untuk menulis pagi ni, kerana ada beberapa perkara yang bermain dalam fikiran aku yang tak mampu otak aku hadamkan lagi. jadi aku nak menulis ni dan korang nilai la sendiri,cari jawapan dan betulkan kesilapan.

berbalik kepada tajuk "Ketidak Fahaman Situasi".ya most of us memang selalu tak faham situasi, terutama makwe-makwe yang tak reti-reti nak faham situasi pakwe.jadah betei.

Fitrah dan lumrahnya lelaki memang dilahirkan dengan kekuatan


see..kuatkan. kehkehkeh.tapi kekuatan kami takda la sehebat mana.apa korang fikir kami badang nak kuat-kuat sangat angkat korang perempuan-perempuan sekalian. sungguhpun kami kuat ibarat The Rock


logiknya kami ni malas nak angkat-angkat korang sambil bersiar-siar ibarat cerita-cerita cinta dalam tv . ok enough fasal kekuatan.

aku nak listkan beberapa perkara yang aku dah yak boleh nak hadamkan lagi tentang ketidak fahaman situasi ni. 1st, kenapa orang perempuan ni, asal pakwe die keluar je taim2 tu pulak la korang nak kacau, nak telefon mesej bagai.korang tak tahu ke yang pakwe korang keluar tengah berseronok bersama geng. lepak dan bercerita kedai kopi di restoran Nijam. apa korang fikir pakwe korang keluar dengan perempuan lain? cuba la tanamkan rasa percaya pada pakwe korang tu sikit. ni asal keluar je nak telefon


mana tak bosannya pakwe korang dengan korang.okey itu satu hal.hal yang lain pula tentang perkataan yang terngiang2 dalam benak pemikiran aku, perkataan tu berbunyi gini "alah couple2 ni mengarut!kamu kawan je dengan dia,bila dah ada duit kamu rasa berkenan kasi kat aku duit tu aku pergi minang dia untuk kamu."

okey,masalahnya sekarang apa yang aku fikir, bila nama kata seorang lelaki berkawan dengan seorang wanita,lalu kedua2nya meminati antara satu sama lain pasti akan timbul satu perasaan ingin bercinta,berpasang-pasangan atau dalam bahasa omputih Couple. see.. macam aku orang lelaki ni rilek la, berkawan je walaupun ada juga perasaan tu.tapi masalahnya pada orang perempuan. Biasalah orang lelaki ni bila syok ke sorang perempuan tu mesti dia akan ambil berat dan sebagainya. dan orang perempuan tu juga pasti menaruh harapan ingin bersama bercinta dan mahu lelaki tersebut menjadi bapa kepadanya anaknya kelak.


Tak salah menyimpan harapan dan memasang angan2. tapi jangan terlalu tinggi. apa bila si lelaki berkata dia tidak mahu bercinta sungguh pun punyai perasaan pada perempuan tu, mula la perempuan nak emo2. menagis sana sini, dan tuduh lelaki kejam kerana memberi harapan. bila ditanya "harapan apa ?" dijawabnya "harapan la, awak ambil2 berat pasal saya". sebenarnya itu bukan harapan, itu perkara biasa bila seseorang itu menyayangi org lain. semacam mana mak engko suruh engko makan ubat bila engko sakit, bising tentang kebersihan engko, bising dan risaukan pasal engko. kalau gitu mak engko bagi harapan la pada ko ye? see..

Dan last sekali, kenapa orang perempuan suka beno cakap orang lelaki ni LARI dari MASAALAH bila mereka menghadpi krisis dalam hubungan.


Kamon girls, we are not running away. cuma kami ni berdiam diri kerana memerlukan ruang dan tenang, kami juga selalunya akan membiarkan keadaan yang tegang beransur tenang sebelum kembali bersemuka dengan masalah tersebut. kami ni cerdik, kami tak akan lari. bak kata orang putih, "Never run away from your problems because once you have to face them again it will be twice as hard to overcome."

Takde menda yang dapat diselesaikan dengan emosi. tetapi hakikatnya wanita memang suka beremosi dan memaksa menyelesaikan masalah dengan cara menekan si lelaki. bila kami menghilangkan diri dikejarnya serata negeri. cuba bertenang dan bawa bersabar, "Benda Boleh Bincang". jangan kejar, pasti tak lari. kan bagus beriring merentas masalah bersama .

Itu saja perkara yang aku ingin kongsikan setakat ini. lainkali jika ada perkara yang otak aku tak mampu hadam aku datang sini dan berkongsi. setiap perkara ada pro dan contranya. aku terima apa jua pandangan korang selepas ini.. sekian.




p/s :- macam biasalah, gambo tu semua gambo hiasan semata. nanti raya aku mintak maaf jika ada yg tidak suka.





di biawakkan oleh :- Syakir

Wednesday 25 July 2012

Singgah sat ke Kellie Castle, Batu Gajah , Perak bersama Abam Afiq Azizi & Abam Meor Spark



Pengembaraan ke Kellie Castle adalah tidak dirancang. Kami (Afiq , Spark , Dan & Ijoi ) sebenarnya dari umah sewa Izzul Islam . Pada pagi itu, Izzul Islam perlu membayar saman salah laku lalu lintas di Mahkamah , di Lumut kalau tak silap saya .

Perjalanan ke Lumut bermula pada pukul 2.30 pagi. Kami singgah di Restoran Nijam "786 alhamdulillah syukur .." . Sempat juga kami bertemu Jamilul Iqram a.k.a Mad serta Syazani Sabri a.k.a Sanie di sana. Sementara Afiq Azizi , Khairul Rashdan serta Meor Zulfadli berbual-bual dengan Mad & Sanie, Izzul Islam mengundur diri ke kereta untuk tidur sebentar kerana kelihatan kurang sihat. Selepas pung pang pung pang di Nijam, kami mengucapkan selamat tinggal kepada Sanie & Mad atas kesudiaan mereka berbual dengan kami. Terima kasih yang tak terhingga kami ucapkan . Selepas itu, kami mengisi minyak di Petronas Extreme Park . Then, kami meneruskan perjalanan ke Lumut. Dalam perjalanan, kami menikmati suasana & permandangan indah di waktu malam. Jalan-jalan yang lengang, bunyi unggas-unggas mengawan & bunyi seseorang mengesat hingus juga menemani perjalanan kami . Pada jam 5.30 pagi, kami sampai di rumah sewa Izzul Islam. Izzul Islam memilih untuk tidur di bilik nya, di tingkat atas. Kami sangat terkejut kerana perumahan di situ adalah perumahan elit. Sangat beruntung bagi mereka yang dapat menetap di situ . Kami terjaga pada pukul 10.30 pagi, tetapi malangnya kami meneruskan pekerjaan tidur kami. and then, kami terjaga jam 12 tengahari, kami bersiap untuk pulang ke Ipoh. Afiq Putra membawa kami menjamu selera di kedai hadapan . Kami masing-masing memakan nasi dengan pelahapnya kerana sangat lapar . Kami bercadang mahu mandi-manda di pantai, tapi kerana ketika itu sangat panas, kami membatalkan hasrat kami . Kami membuat keputusan untuk terus pulang ke Ipoh. Sepanjang perjalanan , kami bercerita pelbagai peristiwa lampau kami yang agak rahsia (sensored) . Tetibe , Meor mahu pergi membeli roti di kedai Roti Ria. Pelbagai juadah berbuka puasa di jual disitu. Kami membeli pelbagai juadah untuk di makan di dalam kereta. Selepas itu, kami ternampak sign board KELLIE CASTLE , kami memandang antara satu sama lain, tanpa sebarang bantahan , kami sepakat untuk pegi ke Kellie Castle . Setelah sampai, kami melihat harga tiket di situ . OMG! kami terkejut dengan harga itu kerana kami sangkakan hanya RM2 atau percuma. Tapi malangnya, kami mendapati harga nya lebih dari itu. Kami pun menyumpah-nyumpah pihak pengurusan di sana dengan pelbagai kata-kata kesat. Kami tidak terus masuk . Kami hanya melabuhkan punggung kami di bangku batu yang terletak berdekatan dengan kaunter tiker & juga tangga yang menghubungkan jambatan ke Kellie Castle . Afiq Putra mengajak kami masuk secara percuma kerana memikirkan bahawa membayar tiket dengan harga itu adalah sesuatu yang tidak relevan . Jadi, Afiq Putra memutuskan untuk membeli hanya 1 tiket & masuk beramai-ramai. Selepas Afiq Azizi membeli tiket, Meor Zulfadli mengikut Afiq masuk ke Kellie Castle. Tinggalah Khairul Rashdan & Izzul Islam terumbang-ambing di kerusi batu itu .

dibiawakkan oleh :- DanGrassCloud

Penghapusan etnik Rohingya di Myanmar

isu penghapusan etnik Rohingya kini menjadi isu yang menarik minat dunia untuk turut sama cuba menyelesaikan masalah ini,sebelum ini jika ditanya pada kita apakah isu umat islam?pasti ramai antara kita yang menjawab palestin,afghanistan,iraq dan lain lain tetapi lupa akan pada saudara kita yang juga sudah lama menderita di wilayah Arakan,Myanmar (juga dikenali sebagai burma).

Siapakah umat Islam Rohingya?



Umat ​​Islam Rohingya kebanyakannya tinggal di sebelah barat Burma (kini Myanmar) di Negeri Arakan yang bersempadan dengan Bangladesh. Mereka adalah keturunan daripada para pedagang Arab, Parsi, Turki dan lain-lain yang berkahwin dengan penduduk setempat seperti Mughals, Pathan, dan Bengali. Penyebaran Islam di Arakan (dan di sepanjang kawasan pantai selatan Bangladesh) dilakukan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ini.
Mereka terus menetap di kawasan ini untuk tempoh yang panjang, berkahwin dengan penduduk setempat dan hidup sebati dengan budaya tempatan. Kini, umat Islam Rohingya merupakan 1/3 daripada jumlah penduduk wilayah Arakan, Myanmar dan selebihnya adalah penganut Buddha Arakanese.

Antara kekejaman yang dilakukan terhadap tentera junta Myanmar yang mewakili kerajaan mereka terhadap etnik Rohingya ialah:



a) Tidak mengiktiraf kerakyatan mereka, dinafikan sijil kelahiran mahupun sijil perkahwinan mereka.
b) Perampasan tanah-tanah milik mereka bagi meneruskan projek pembinaan saluran paip gas dan minyak yang merentasi wilayan Arakan
c) Menjadi mangsa perhambaan moden sebagai buruh paksa seperti bekerja tanpa gaji di tapak pembinaan jalan raya, kereta api, dan bangunan berek tentera.
d) Sekatan makanan sehingga mereka hidup di dalam keadaan kebuluran
e) Sekatan ekonomi, kemudahan kesihatan dan kemudahan asas pendidikan
f) Wanita-wanita dan remaja perempuan mereka dirogol secara beramai-ramai oleh tentera Myanmar
g) Penyembelihan secara beramai-ramai seumpama tragedi 1942 apabila lebih 100,000 orang di kalangan mereka yang telah dibunuh.
h) Pada tahun 1978, seramai 300,000 di kalangan mereka telah dihalau keluar secara massa ke Bangladesh. Kerajaan Bangladesh enggan untuk menyediakan bekalan makanan dan keperluan lain sehingga ramai di kalangan mereka mati kebuluran dan akibat penyakit.
Pada tahun 1991, tentera Burma sekali lagi telah melakukan operasi pembersihan apabila 268,000 ribu di kalangan mereka terpaksa melarikan diri kerana Myanmar ternyata tidak lagi selamat untuk mereka
Selepas bertahun-tahun melalui siri penderitaan yang panjang dan besar, mereka mula mengambil bot-bot kecil ke laut terbuka dengan harapan untuk mendarat di suatu tempat sebagai pelarian politik, ekonomi dan agama.
Ada di kalangan mereka yang mendarat di Thailand, Malaysia, Indonesia dan sebahagiannya di Australia. Namun kebanyakan mereka telah ditolak mentah-mentah oleh semua negara ini.
Bahkan ramai di kalangan ‘orang bot’ yang mendarat di Thailand telah dihalau semula ke laut dalam bersama sampan mereka yang telah dicabut enjinnya agar mereka terus hanyut terkapai-kapai tanpa hala tuju. Sebahagian daripada mereka terdampar di Malaysia, Indonesia dan Australia tetapi ribuan di kalangan mereka yang telah mati lemas atau kebuluran di tengah laut.
Tiada siapa yang mahukan mereka ! Bahkan negara-negara yang mendakwa mewakili umat Islam juga tidak mahu mereka, sekali gus membuktikan bahawa seolah-olah umat ini ‘tidak ada harga’ kepada mereka.
Umat Islam Rohingya telah memohon diberikan status ‘Pelarian Sementara Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga negara-negara lain bersetuju untuk mengambil mereka buat sementara. Indonesia dikatakan akan mempertimbangkan permohonan mereka untuk tinggal di Acheh buat sementara.

Apa yang boleh kita buat untuk menyelesaikan masalah ini?
dalam pale otak gua fikir demo je.

bagi gua ini pun ok kan?

inilah yang paling senang kita boleh buat.

#gua tahu kalau gua tulis panjang panjang ramai taknak baca,jadi kita sebagai saudara seagama fikir fikirkanlah apa yang patut lakukan?adakah dengan berdiam diri membuat kita hebat sambil melihat saudara seagama dipijak?

mohon kerajaan hantar gangster gangster macam ni ke myanmyar terus,perang satu kali.

dibiawakkan oleh :- spark

Love Standards

Assalamualaikum warahmatullah.

Hello hensem,cantik,gay dan lesbian semua. selamat berpuasa hendaknya. aku dok duduk2 termenung saja, semasa berada di aras pemikiran fantasi aku yang paling tinggi tadi , tiba-tiba aku tersentak dengan satu mesej dari sahabat aku masa belajar dekat unibersiti dulu. dia bertanyakan pada aku, apa itu "Love Standards". jadah mana aku tau, aku dengan segala malasnya jawap Standard cinta la.

Tapi hakikatnya dalam pikiran aku yang suka berfantasi, Love Standards is stand for, cinta berdasarkan darjat atau level. ok sini aku kasi GAMBARan tentang apa yang aku fikir.

apa korang fikir perempuan macam ni :-


Nak ke dengan lelaki macam ni ?? :-

(lelaki bermata sepet)

Atau pun :-

(gitaris jalanan)

Atau pun :-

(si kacak yg hilang pertimbangan)

Atau pun :-

(lelaki yang pheww pheww)

see.. korang fikir perempuan macam tu nak ke dengan golongan2 lelaki di atas. aku rasa kalau aku fikir dari segi Love Standards yang ada dalam pemikiran aku perempuan gitu mahukan lelaki seperti begini :-

(berkasut dan ada dua spek mata)

Atau pula :-

(lelaki yg tampak seperti ahli politik)

Dan last yang aku paling rasa perempuan macam di atas tadi mahukan, adalah lelaki yang gini :-

(lelaki yg berpakaian kemas dan ada BMW)


kehkehkeh, itu la definasi Love Standards yang terpancul dari minda aku sebenarnya. tak tau la aku dari daya pemikiran korang-korang yang berilmu pula macam mana. aku ni kurang sikit ilmunya. itu sahaja yang ingin aku kongsikan setekat ini. kbai, dan selamat berbuka semua...



p/s :- gambar yang di gunakan adalah gambar hiasan semata-mata, harap maaf dan mohon sabar...




di biawakkan oleh :- Syakir

Tuesday 24 July 2012

Sebab apa lelaki lebih suka habiskan masa bersama rakan-rakan berbanding kekasih

Assalamualaikum warahmatullah.

well ini topik yang aku selalu dengar dari mulut-mulut kaum hawa dan juga makwe-makwe rakan-rakan aku. whether its right or wrong itu aku kurang pasti. antara sebab musabab lelaki lebih gemar menghabiskan masa dengan rakan-rakan berbanding dengan kekasih, sebabnya kalau dengan kekasih, lelaki mudah rasa bosan, and it will end up like this :-


see.. mean while kalau keluar dengan rakan-rakan biasanya it will be like this :-


sebab dan musabab lainnya lelaki banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakan adalahh kerana kami dapat mengurangkan tekanan atau dapat bertukar-tukar pandangan tentang isu kehidupan atau juga kami duduk semeja dan berbincang tentang isu semasa serta gosip-gosip di serata semesta.

bagi jenis-jenis kami lelaki yang jujur dan telus dengan kekasih hati biasanya kami akan keluar begini :-


dan bagi pula lelaki yang jenis berbau wangi, akan keluar begini :-


kehkehkeh ...

U know, jika kami tak banyak menghabiskan masa dengan rakan-rakan kami, kami berisiko tinggi untuk mengalami sejenis penyakit yang dinamakan mental disorder , and we will end up like this :-


see.. pathetic kan, u olls girl2 nak ke bopreng u olls jadi begini ? tak nak ye dok. jadi kami harap anda semua girl2 redho sajalah ok. lagipon kami tiada masa 24 jam utk melayan kerenah korang sahaja. kami ada banyak lagi komitmen. kita tak perlu mesej dan selalu bersua muka untuk merasakan cinta. matang sikit occey. sekian.

p/s : segala gambar yang di guna pakai adalah gambar hiasan. harap maaf dan mohon sabar.



Di biawakkan oleh : Syakir

Monday 16 July 2012

Wordless


dibiawakkan oleh :- spark

aku

aku bangkit,
aku duduk,
aku berdiri,
aku jalan,
aku lari,
aku lompat,
aku lihat,
aku tonton,
aku gembira,
aku ketawa,
aku sedih,
aku menangis,
aku penat,
aku tidur,
dan
aku MATI!

dibiawakkan oleh :- spark

Sunday 15 July 2012

mula

ini permulaan kami untuk mula menulis.
jangan dimarah jika ada silap dan mohon kongsi semua ilmu.