Thursday 20 September 2012

Apee laa...

Assalamualaikum. ok sedang aku bergaya merayau rayau di twitter tetiba ada makwe ni post Gud Morning. aku dengan bermodalkan muka hensem dan dp baru kt twitter test la reply tweet dia.ok part yang best dia reply balik dan kami bertweet dua tiga kali,. Lepastu bila aku nak skodeng Profile twitter dia tak boleh. rupanya dia dah unfollow aku dan block aku. kebabian apakah ini ? apa dosa aku woi, apa dosa aku. oleh yang demikian sekaligus aku rasa macam dia unfollow dan block aku sebab aku tak hensem. atau pun dia terlihat rupa aku macam seekor raksasa ganas. "ape laaa" *gaya akmal p/s : ok saja update mengelakkan dari bersawang blog ni. di biawakkan oleh : Abang sakir and kibod made in china

Friday 14 September 2012

Berhewan.

Assalamualaikum.*masih malas mahu beri salam panjang2.

Macam biasalah budak lelaki, mana reti nak bangun awal.lepas jumaat musti qada balik tidur. petang pula waktu kerja. bangun lewat sekali lagi. taim tu dan2 la bapak aku balik kerja.

"hang tak reti bangun awal ke?takda wawasan!"

ujarnya Ayah aku.

Kamon la dady, bukan selalu bangun lambat,but almost everyday je.
bila dia sebut pasal wawasan baru aku terfikir apa,memang aku ni macam takda wawasan.umur dah dekat 30.*ok ini propa.

Kawan nama Wawa pn aku takda, apatah lagi wawasan,kena cari sorang dulu kawan nama Wawa,tapi kena yang cun2 baru ada wawasan gamaknya.*ok tak kelakar

"Kalau berhewan kemain lagi hang ni" (hewan = sosial.loghat kampung aku,kedah k)

ujar Ayah lagi.*aku tak suka betul sesi kaunseling ni.

Baiklah kalau bab tu aku mengaku,TAPI! bersosial aku bukanlah pergi kelabing joget sana sini tangkap gambar pegang beer sebut 'Yap seng' sambil pipi bertemu pipi dengan makwe.nasib dia pilih klcc dari pada aku,kalau tak aku pun macam tu agaknya.

jadi bila berkata pasal kehidupan sosial aku ianya di mana aku dan biawak2 lain duduk di mapley sambil menjamah segelas teh tarik untuk 2,3 jam bergelak ketawa sambil mencemarkan udara dengan rokok jenama LM.(LM=lelaki macho)

ok sambung pasal bangun lambat dan sesi kaunseling dari Ayah aku, sampai tu je lepastu aku bersiap pergi kerja yang sepatutnya bermula jam 4.tetapi aku tiba di sana jam 6. masuk opis buat muka kerek je,alasan lambat konon penat la mmbanting tulang.

Aku masuk kaunter ambil air coke terus duduk.

"Boss mana?" aku tanya pada rakan sekerja.

"dia dah balik" rakan aku menjawab.

"huh awalnya balik?" aku membalas semula.

kemudian aku menghirup coke tersebut Like a Boss ! yeah Like A Boss.



p/s : cinta aku baru ditolak. fakap doh.


di biawakkan oleh : Abang Sakir and morro loqic made in china

Thursday 13 September 2012

Henshin

aku tahu dulu aku pernah bersalah,
aku tahu dulu aku pernah melukai,
aku tahu dulu aku puncanya.

lepas dari detik hitam itu,
aku mula 'henshin',
henshin maksudnya berubah/bertukar dalam masked rider.

kini aku tak mengharapkan apa apa,
kerna aku sedang membina diri ini,
ku mahu rohaniku menjadi muslim yang sejati,
ku mahu emosiku dapat dikawal,
ku mahu materialku cukup untuk 'kita' nanti,

andai suatu hari nanti kau masih belum berpunya,
nescaya kau akan ku lamar mengikut cara agama kita,
aku tak janjikan apa apa,
tapi ini RANCANGANku.

maaf,aku juga manusia,
kadang kadang ada rasa cinta rindu dan sayang,
ini fitrah,
aku tak dapat menghalangnya.

mungkin aku akan siap bina diri bila aku dah jadi macam bro dalam gambar ni.keh3



dibiawakkan oleh : abiang SPARK