Sunday 26 August 2012

Wanita Curang ?!

Assalamualaikum Warahmatullah ...

apa khabar semua? moga-moga sihat la hendaknya. jadi dah seminggu lebih kita raya, rasanya dah tiba masa untuk kita semua mula bersukan dan memecahkan kembali lemak-lemak yang terhasil dek kerana juadah-juadah di hari raya.

aku percaya pasti ramai yang baca paper Kosmo harini kan? Pastu korang ada baca artikel yang bertajuk "Wanita Malaysia Paling Ramai Curang".




Kepada kaum hawa, sila jangan bersikap Prejudis ok. sebenarnya as a man, aku percaya dengan artikel tu. dan aku tak salahkan wanita sangat. sebenarnya ada beberapa faktor yang secara logiknya membuatkan wanita curang. bukan di malaysia sahaja malah di seluruh dunia.




Antara faktor-faktor yang menyebabkan wanita cenderung untuk curang adalah seperti berikut :-

1) Balas Dendam
* mungkin sebelum ni pakwe/suami dia pernah berlaku curang, dan dia membalas dendam kerana mahu pakwe/suami dia rasa apa yang dia pernah rasa suatu ketika dahulu.

2) Menghilangkan Stress
* kerana tekanan yang keterlaluan dan pakwe/suami wanita tersebut tidak sudi mendengar luahan@masalah wanita tersebut.bila dia berjumpa dengan seorang lelaki yang sudi mendengar dan memberi nasihat kepadanya secara taklangsung perasaan suka akan bercambah dan lama kelamaan wanita tersebut juga cenderung untuk curang.

3) Seks Yang Membosankan
* seks yang membosankan juga adalah salah satu punca utama wanita berlaku curang. mungkin kerana suami wanita tersebut Ejakulasi dengan pantas, baru seminit dua beraksi dah ejakulasi.

4) Kewangan
* menurut Laporan Mahkamah Syariah tahun 2011 antara punca utama penceraian berlaku adalah kerana masalah kewangan. ya aku percaya siapa yang mahu hidup susah ye dok.




tang kewangan ni aku nak highlight sikit. ya duit memang penting pada zaman milenium sekarang ni. bak kata orang putih "no money no talk" "no money no love".

5) Pakwe/Suami Cakap Lepas
* wanita tercipta dengan karekter yang lebih sensitif berbanding lelaki. dek kerana lelaki main cakap lepas je wanita akan mudah rasa berkecil hati. kadang-kadang bila dah lama berpasangan lelaki akan fikir dia boleh cakap lepas je, sebab lelaki fikir pasangan dia tak kisah. itu lah silapnya lelaki, jangan sesekali fikir macamtu. dah namanya manusia, wanita pulak tu, pasti cepat berasa kecil hati.

Tetapi walau apa jua faktor dan alasan sekalipun bagi aku Curang tu bukan cara untuk menyelesaikan masalah, malah ianya akan menambahkan masalah. fikir dari sudut pandangan orang sekeliling jika berlaku curang, pandangan keluarga serta rakan-rakan. curang juga bukan cara terbaik untuk melarikan diri dari pasangan anda. CINTA YANG TULUS, TIDAK AKAN MENGKHIANATI WALAU DISAKITI. Curang juga bukanlah jalan terbaik untuk mendapatkan kebahagiaan.

kes ni la punca di mana golongan-golongan gay semakin bertambah dan bercambah tumbuh seperti cendawan selepas hujan di Malaysia ini. kahkahkah :p


p/s : Pokok pangkalnya dari hati kita sendiri. apa jua masalah yang mendatang berbincanglah dengan pasangan anda, komunikasi dan toleransi itu penting dalam sesebuah hubungan. Berdoalah pada ALLAH, kerana beliau punya semua jawapan dari segala persoalan.



dibiawakkan oleh : Abang sakir

No comments:

Post a Comment