Friday 7 September 2012

Engkau Lelaki Hebat



Abah,
engkau lelaki hebat,
kerna kau bisa mendidik aku menjadi manusia.

Abah,
engkau lelaki hebat,
kerna kau bisa menerima tohmahan dari orang lain kerana sifat burukku.

Abah,
engkau lelaki hebat,
kerna kau sanggup mengerah keringat untuk aku suapkan dalam tekakku.

Abah,
engkau lelaki hebat,
kerna kau berusaha sehabis baik demi keluarga.

Abah,
aku tahu kau letak harapan pada aku,
aku tahu kau mahu yang terbaik untukku,
aku tahu kau sentiasa doakan untuk aku setiap kali lepas solat,
aku tahu kau sentiasa belikan apa yang aku perlu,
aku tahu kau sanggup berlapar untuk aku.

kata orang,
hati ibu rapuh sahaja,
jika seorang ibu sedih pasti kita dapat lihat,
tapi aku tahu tidak pada seorang yang bergelar abah,
sakit perit pedih sedih kecewa kau simpan sahaja,
kau sorok kau peram,
katanya kau tidak mahu dilihat keterlaluan.

tapi abah juga manusia,
abah tak menangis di hadapan aku,
abah tak tunjuk betapa abah kecewa dengan aku,
abah selalu kata lelaki kena kuat.

aku tahu banyak abah berkorban untuk aku,
abah rencanakan masa depan aku ketika aku masih dalam perut mak,
abah habiskan gaji gaji abah untuk masa depan aku,
abah lebih bangga dengan kejayaanku daripada kejayaan abah,
abah jaga aku ketika ibu mengandungkan adik aku,
abah membantu aku menyelesaikan segala kesulitan walaupun sesukar mana,
abah!terima kasih untuk segalanya.

#untuk mereka yang sudah kehilangan abah sedekahkan alfatihah untuk arwahnya,pada yang masih punya abah banggakanlah dia,buatlah dia tersenyum,capailah harapan dia kerna kita boleh kahwin lain jika mati isteri atau bercerai tetapi kita tidak boleh punya seorang abah untuk kali kedua.

dibiawakkan oleh : abiang SPARK

1 comment: