Thursday 13 September 2012

Advance.

Assalamualaikum *malas bagi salam panjang2

Dengan berlagak aku baru pulang dari kerja akibat masalah sendiri dengan adik2 aku cari pasal.

"hang buat apa tu?"

dia endahkan seperti aku ini kayu dan batu pada imiginasi masa lapangnya. sedap2 meniarap guna laptop aku. jenis2 tak reti jawab aku tanya.memang bengang.

"hang buat apa tu"

aku tanya lagi.

"kejap la"

ada pun suara kau,ingatkan bisu.

"hang ni tak habis2 main game,apa nak jadi blablabla"

aku memekak.

"aku tengah belajarla ni"

sambil pandang hujung mata pada aku.jilake mencabar kesabaran aku serta ego perkasa sebagai abang yang bergaya dan persis imam muda.

"tapi aku nampak hang main game,apa nak jadi hang ni blablabla"

aku sambung berleter.

"itu game matematik kat internet"

ibu mencelah. adik aku berhenti menekan2 mouse lalu pandang aku dengan berlagak.aku terdiam dan masuk bilik.

"takpe2 ibu bela hang"

walaupun aku tahu aku yang ketinggalan dan salah tak tanya elok2 dan main berleter sahaja. dah pergi main pasir dan batu mcm budak2 lain sana.jilake sambil hati berkata.

ishhhhh
sori tak letak gambo,aku emosi !



di biawakkan oleh : abang sakir

No comments:

Post a Comment